Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2018Read it in English

Bahagian V · Kewangan

33. Kuasa untuk meminjam

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan terlebih dahulu Menteri dan Menteri Kewangan, meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Suruhanjaya bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.

(2)

Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan

Menteri, meminjam wang dengan menerbitkan bon, debentur, saham debentur atau apa-apa sekuriti lain atas apa-apa terma yang didapatinya suai manfaat bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.

Report