Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2018Read it in English

Bahagian V · Kewangan

32. Akaun dan laporan

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya hendaklah menyebabkan disimpan akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang dan laporan yang sepatutnya mengenai kegiatannya dan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan disediakan—

(a)

suatu penyata akaun Suruhanjaya yang hendaklah mengandungi kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan

(b)

pernyataan mengenai kegiatannya, bagi tahun kewangan itu.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 45

(2)

Suruhanjaya hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis

Parlimen.

(3)

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Suruhanjaya.

Report