Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2015 · As enacted · Bahagian IIIC
11. Bahagian baru IVa
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian IV
Bahagian yang berikut:
“Bahagian IVa
PERUNTUKAN PENYIASATAN DAN PENGUATKUASAAN
Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan 27a. Pendaftar hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis apa jua pangkat sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran, berhubung dengan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan, dan kuasa yang sedemikian hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukannya pengurangannya.
Kuasa untuk menghendaki maklumat 27b. (1) Pendaftar boleh membuat perintah bertulis di bawah subseksyen (2) terhadap mana-mana orang jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu—
mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama; atau
berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang
Pendaftar mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa keterangan itu adalah berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Pendaftar di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama.
Perintah di bawah subseksyen (1) boleh menghendaki orang itu—
untuk memberi Pendaftar apa-apa maklumat itu;
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan)
untuk mengemukakan kepada Pendaftar apa-apa dokumen itu, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik;
untuk membuat salinan apa-apa dokumen itu dan untuk mengemukakan salinan itu kepada Pendaftar;
jika orang itu ialah seorang individu, untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan Pendaftar pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik;
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, untuk menyebabkan seorang pegawai yang berwibawa daripada pertubuhan perbadanan atau badan awam itu untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan Pendaftar pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik; atau
jika orang itu ialah suatu perkongsian, untuk menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja perkongsian itu untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan Pendaftar pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik.
Seseorang yang diperintahkan sedemikian di bawah subseksyen (1) hendaklah—
memberikan maklumat atau dokumen yang dikehendaki dalam masa yang dinyatakan dalam perintah atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pendaftar; dan
Undang-Undang Malaysia 18
memastikan bahawa maklumat atau dokumen yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan hendaklah memberikan suatu representasi bagi maksud itu, termasuklah suatu representasi bahawa dia tidak mengetahui tentang apa-apa maklumat atau dokumen lain yang mungkin menjadikan maklumat atau dokumen yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.
Seseorang yang tidak mematuhi perintah Pendaftar di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kuasa untuk menjalankan pemeriksaan 27c. (1) Bagi maksud menentukan pematuhan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau pelanggaran apa-apa garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah seksyen 20c, Pendaftar hendaklah mempunyai akses kepada mana-mana tempat atau bangunan dan boleh memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki untuk disimpan oleh Pendaftar atau perlu bagi maksud menentukan pematuhan mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Bagi maksud seksyen ini, Pendaftar boleh melalui notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain yang berada dalam jagaan atau di bawah kawalan orang itu.
Mana-mana orang yang—
tidak mengemukakan apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar di bawah seksyen ini; atau
menggalang, mengugut, mengganggu, mengacau atau menghalang Pendaftar semasa menjalankan apa-apa kuasa di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan)
19
Kuasa untuk menyiasat 27d. Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan penyiasatan, berhubung dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau apa-apa garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah seksyen 20c, jika terdapat sebab untuk mengesyaki bahawa—
suatu kesalahan atau pelanggaran telah dilakukan;
terdapat percubaan untuk melakukan suatu kesalahan atau pelanggaran; atau
terdapat komplot untuk melakukan suatu kesalahan atau pelanggaran, berhubung dengan undang-undang yang dinyatakan dalam
Jadual Pertama, atau pelanggaran apa-apa garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah seksyen 20c.
Penggeledahan dan penyitaan dengan waran 27e. Menurut waran penggeledahan dan penyitaan yang dikeluarkan oleh Majistret di bawah Kanun Tatacara Jenayah, jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau benda yang disita di bawah seksyen ini tidak boleh dilaksanakan, Pendaftar hendaklah dengan apa-apa cara mengelak buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau benda di dalam premis itu atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran 27f. Jika Pendaftar berpuas hati, atas maklumat yang diterima, bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah daripada Majistret di bawah Kanun Tatacara
Jenayah penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, Pendaftar boleh memasuki premis itu dan menjalankan di dalam, pada dan berkenaan
Undang-Undang Malaysia 20
dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 56 Kanun Tatacara Jenayah dengan sepenuhnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Senarai benda yang disita 27g. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda disita di bawah seksyen 27e dan 27f, Pendaftar hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan suatu senarai benda yang disita dan tempat di mana kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda itu masing-masing dijumpai dan menyerahkan suatu salinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekerjanya, di premis itu.
Jika premis itu tidak berpenghuni, Pendaftar hendaklah bilamana mungkin menampal senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.
Pelepasan benda yang disita 27h. (1) Jika apa-apa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda telah disita di bawah seksyen 27e dan 27f, Pendaftar boleh pada bila-bila masa selepas itu melepaskan kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda itu kepada orang yang ditentukannya sebagai berhak secara sah kepada kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda itu jika dia berpuas hati bahawa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud mana-mana prosiding di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, atau bagi maksud apa-apa prosiding di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.
Pendaftar mahupun Kerajaan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan atau Pendaftar tidak bertanggungjawab kepada apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda itu telah dibuat dengan niat baik.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan)
Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh
Pendaftar yang membuat pelepasan mana-mana kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu dan dia hendaklah menghantar suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dan kepada Ketua Polis Negara dalam masa tujuh hari dari pelepasan itu.
Kos atau ganti rugi yang timbul daripada penyitaan tidak boleh didapatkan balik 27i. Tiada seorang pun boleh, dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana Mahkamah berkenaan dengan apa-apa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda yang disita dalam penjalanan atau berupa sebagai penjalanan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
Penyerahan dokumen perjalanan 27j. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika Pendaftar mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa mana-mana orang, yang menjadi subjek atau berkaitan dengan penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam
Jadual Pertama, berkemungkinan meninggalkan Malaysia,
Pendaftar boleh, melalui notis bertulis, menghendaki orang itu untuk menyerahkan pasport atau apa-apa dokumen perjalanan lain dalam milikannya.
Seseorang yang kepadanya suatu notis di bawah subseksyen (1) disampaikan hendaklah mematuhi notis itu dengan serta-merta, jika gagal berbuat demikian, dia boleh ditangkap dan dibawa ke hadapan Majistret.
Undang-Undang Malaysia 22
Jika seseorang dibawa ke hadapan Majistret di bawah subseksyen (2), Majistret itu hendaklah, melainkan jika orang itu mematuhi notis di bawah subseksyen (1) atau memuaskan hati Majistret bahawa dia tidak memiliki dokumen perjalanan, dengan waran memasukkannya ke penjara—
sehingga tamat tempoh empat belas hari dari tarikh pengkomitannya; atau
sehingga dia mematuhi notis di bawah subseksyen (1), mengikut mana-mana yang berlaku dahulu.
Bagi maksud subseksyen (3), suatu perakuan yang ditandatangani oleh Pendakwa Raya yang bermaksud bahawa orang itu telah mematuhi notis di bawah subseksyen (1)
hendaklah menjadi waran yang mencukupi untuk Penguasa
Penjara melepaskan orang itu.
Pendaftar boleh melalui notis yang dikeluarkan kepada mana-mana pegawai imigresen, meminta agar mana-mana orang yang menjadi subjek atau berkaitan dengan penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, dihalang daripada meninggalkan Malaysia.
Pegawai imigresen, apabila diberitahu mengenai permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (5), boleh menghendaki orang yang merupakan subjek atau berkaitan dengan penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, untuk menyerahkan pasport atau apa-apa dokumen perjalanan lain dalam milikannya kepada pegawai imigresen.
Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen, “pegawai imigresen”
ertinya mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 3
Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155].”.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan)