Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2015 · As enacted · Bahagian IIIC
40. “Peraturan-peraturan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, membuat apa-apa peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan dengan lebih baik peruntukan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
kewajipan dan fungsi Pendaftar, Timbalan Pendaftar,
Penolong Pendaftar dan pekerja lain yang dilantik untuk membantu dalam pentadbiran Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
fi dan caj di bawah Akta ini, termasuk bayaran fi dan caj dikecualikan atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Menteri;
apa-apa kehendak yang berhubungan dengan program pendidikan dan latihan untuk mana-mana pegawai sesuatu perbadanan, mana-mana orang atau golongan orang;
apa-apa perkara yang berhubungan dengan pelesenan yang dinyatakan dalam Bahagian IIIc dan tatacara berkenaan dengan rayuan; dan
semua perkara dan benda yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini supaya ditetapkan, bagi menjalankan, atau melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini.
Apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah
Akta ini boleh mengadakan peruntukan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar perundangan subsidiari dan boleh mengadakan peruntukan penalti denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan)