Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2015 · As enacted · Bahagian IIIC
37a. Section 37a
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bagi maksud Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, apa-apa notis, surat atau dokumen hendaklah disifatkan telah disampaikan, jika—
notis, surat atau dokumen itu ditinggalkan atau dihantar melalui pos biasa atau berdaftar—
dalam hal entiti perniagaan, ke pejabat berdaftar yang terakhir diketahui atau tempat utama perniagaan berdaftarnya mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
Undang-Undang Malaysia 24
dalam hal seorang individu, ke alamat terakhirnya yang diketahui; atau
notis, surat atau dokumen itu dihantar secara elektronik ke alamat atau nombor yang diberikan oleh entiti bagi maksud ini.
Nilai keterangan dokumen yang dikeluarkan atas nama
Ketua Pegawai Eksekutif atau Pendaftar 37b. Mana-mana perakuan, notis atau apa-apa dokumen lain yang dikeluarkan, disampaikan atau diberikan oleh Ketua
Pegawai Eksekutif atau Pendaftar atau pegawai yang diberi kuasa sewajarnya sama ada oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau Pendaftar, menurut Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, hendaklah ditentusahkan secukupnya jika nama Ketua Pegawai Eksekutif atau Pendaftar atau pegawai diberi kuasa dicetak, dicap atau selainnya ditulis padanya mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pegawai
Eksekutif atau Pendaftar, dan hendaklah, dalam mana-mana prosiding boleh diterima sebagai keterangan prima facie.”.