Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2015 · As enacted · Bahagian IIIC
15. Seksyen baru 38a, 38b, 38c, 38d dan 38e
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 38
seksyen yang berikut:
“Pengkompaunan kesalahan 38a. (1) Pendaftar boleh, dengan keizinan secara bertulis
Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Pendaftar suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan ke atasnya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan)
25
masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pendaftar, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda yang disita di bawah Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama yang berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Pendaftar, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut untuk dikenakan mengikut syarat-syarat kompaun.
Segala wang yang diterima oleh Pendaftar di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 28.
Berhubung dengan kesalahan yang boleh dikompaun di bawah subseksyen (1), Menteri boleh menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan itu.
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 38b. (1) Jika suatu pertubuhan perbadanan melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, mana-mana orang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah pengarah, pekongsi, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan atau yang berupa bertindak atas mana-mana sifat sedemikian atau yang mengikut apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
Undang-Undang Malaysia 26
jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya;
dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.
Jika mana-mana orang di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti untuk tindakan, peninggalan, kecuaian atau keingkarannya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap tindakan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran itu telah dilakukan—
oleh pekerja orang itu dalam melaksanakan pekerjaannya;
oleh ejen itu apabila bertindak bagi pihak orang itu;
atau
oleh pekerja ejen itu dalam perjalanan pekerjaannya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu.
Pemusnahan, penyembunyian, pencacatan dan pengubahan rekod 38c. Seseorang yang—
memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah; atau
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan)
menghantar atau cuba untuk menghantar atau berkomplot dengan mana-mana orang lain untuk mengalihkan dari premisnya atau menghantar ke luar Malaysia, apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda yang disimpan atau disenggarakan dengan niat untuk memfraud Suruhanjaya atau Pendaftar atau untuk menghalang, melengahkan atau menggalang penjalanan suatu penyiasatan atau penjalanan mana-mana kuasa oleh
Suruhanjaya atau Pendaftar di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Pemberian maklumat 38d. (1) Seseorang melakukan suatu kesalahan jika—
dia mengetahui atau mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa Suruhanjaya atau Pendaftar sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau
dia mengetahui atau mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada Suruhanjaya atau Pendaftar di bawah
Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam
Jadual Pertama dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan penzahiran itu.
Undang-Undang Malaysia 28
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) menjadikannya suatu kesalahan bagi seorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya untuk menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain—
kepada pelanggannya atau wakil pelanggannya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada pelanggan itu dalam perjalanan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau
kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.
Subseksyen (2) tidaklah terpakai berhubung dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang dizahirkan dengan tujuan untuk melaksanakan apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang.
Dalam prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, menjadi pembelaan jika orang itu membuktikan bahawa—
dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (1)(b)
berkemungkinan menjejaskan penyiasatan itu; atau
dia mempunyai kuasa sah atau alasan yang munasabah untuk membuat penzahiran itu.
Rayuan 38e. (1) Melainkan jika dinyatakan selainnya dalam Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, mana-mana orang yang terkilan dengan—
keengganan Suruhanjaya atau Pendaftar untuk mendaftar atau menerima apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama; atau
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan)
apa-apa tindakan atau keputusan Suruhanjaya atau
Pendaftar di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, boleh merayu kepada Menteri secara bertulis dalam masa tiga puluh hari selepas diberitahu tentang keputusan Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Jika rayuan dibuat di bawah subseksyen (1), keputusan
Suruhanjaya tidak boleh berkuat kuasa sehingga rayuan itu diputuskan oleh Menteri.
Dalam sesuatu rayuan, Menteri boleh mengesahkan, mengubah, mengetepikan keputusan Suruhanjaya atau membuat apa-apa keputusan yang difikirkan patut oleh Menteri.
Bagi maksud seksyen ini, Menteri boleh—
membentuk suatu jawatankuasa untuk membantunya dalam mencapai keputusan itu;
meminta maklumat atau dokumentasi atau wakil peribadi daripada mana-mana orang daripadanya untuk dia berpuas hati dengan permohonan itu; dan
mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
Seksyen ini tidak terpakai bagi apa-apa tindakan atau keputusan Suruhanjaya atau Pendaftar—
berkenaan dengan apa-apa peruntukan bersifat rayuan atau kajian semula yang jelas diperuntukkan dalam
Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam
Jadual Pertama; atau
yang diisytiharkan oleh Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama sebagai terakhir dan muktamad atau termaktub dalam apa-apa dokumen yang diisytiharkan oleh Akta ini sebagai keterangan muktamad mengenai apa-apa tindakan, perkara atau benda.”.
Undang-Undang Malaysia 30