Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997

Seksyen 5

(2)

Bagi maksud seksyen ini, adalah tidak material bahawa perbuatan berkenaan tidak ditujukan kepada―

Jenayah Komputer 11

(a)

mana-mana program atau data yang tertentu;

(b)

suatu bentuk program atau data; atau

(c)

suatu program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer yang tertentu.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, adalah tidak material sama ada suatu pengubahsuaian tanpa kuasa berlaku, atau yang dikehendaki berlaku, kekal atau hanya sementara.

(4)

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya; atau boleh didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya, sekiranya perbuatan itu dilakukan dengan niat menyebabkan kecederaan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan.

Komunikasi salah