Seksyen 7
Pensubahatan dan percubaan boleh dihukum sebagai kesalahan
Seseorang yang bersubahat dalam perlakuan atau cuba untuk melakukan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini adalah
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 563
melakukan kesalahan itu dan hendaklah apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
(2)
Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan persediaan kepada atau bagi mencapai pelakuan mana-mana kesalahan di bawah
Akta ini adalah melakukan kesalahan itu dan hendaklah apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu:
Dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan hendaklah tidak melebihi satu perdua tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.