Skip to content

Seksyen 6

Komunikasi salah

of Akta Jenayah Komputer 1997

ActIn forceProvision 6 of 12
Seksyen 6
(1)

Seseorang adalah melakukan suatu kesalahan jika dia berkomunikasi secara langsung atau tidak langsung suatu nombor, kod, kata laluan atau cara capaian yang lain kepada suatu komputer kepada mana-mana orang selain daripada orang yang kepadanya dia diberi kuasa dengan sempurnanya untuk berkomunikasi.

(2)

Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.