Seksyen 35
Larangan pembayaran bersyarat
of Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012
ActIn forceProvision 35 of 41
Seksyen 35
(1)
Mana-mana peruntukan pembayaran bersyarat dalam suatu kontrak pembinaan berhubung dengan pembayaran di bawah kontrak pembinaan adalah tidak sah.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, ia adalah pembayaran bersyarat apabila—
(a)
obligasi satu pihak untuk membuat pembayaran adalah dengan syarat apabila penerimaan bayaran oleh pihak itu daripada pihak ketiga; atau
(b)
obligasi satu pihak untuk membuat pembayaran adalah dengan syarat apabila adanya dana atau penggunaan kemudahan pembiayaan pihak itu.