Skip to content

Seksyen 37

Hubungan antara adjudikasi dengan proses penyelesaian pertikaian lain

of Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012

ActIn forceProvision 37 of 41
Seksyen 37
(1)

Suatu pertikaian berkenaan dengan bayaran di bawah kontrak pembinaan boleh dirujuk secara serentak kepada adjudikasi, timbang tara atau mahkamah.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3), rujukan kepada timbang tara atau mahkamah berkenaan dengan pertikaian yang sedang diadjudikasi tidaklah menamatkan prosiding adjudikasi itu ataupun menjejaskan prosiding adjudikasi itu.

(3)

Suatu prosiding adjudikasi tamat jika pertikaian yang sedang diadjudikasi diselesaikan melalui persetujuan secara bertulis antara pihak-pihak itu atau diputuskan oleh timbang tara atau mahkamah.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 746