Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian I · Permulaan
5. Kecualian bagi perundangan lain yang berkaitan
Feedback & supportTiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menghapuskan atau mengehadkan kesan, atau menghalang pergantungan pada—
mana-mana undang-undang bertulis yang mengenakan kewajipan yang lebih ketat ke atas pembekal daripada yang dikenakan di bawah Akta ini;
mana-mana undang-undang bertulis yang mengikutnya apa-apa terma yang selaras dengan Akta ini dianggap tersirat dalam kontrak bagi pembekalan apa-apa barang atau perkhidmatan;
Undang-Undang Malaysia 22
mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kontrak penggajian atau kontrak perantisan; atau
apa-apa terma dalam apa-apa perjanjian bertulis antara pembekal dengan pengguna setakat yang terma itu—
mengenakan kewajipan yang lebih ketat ke atas pembekal daripada yang dikenakan di bawah
Akta ini; atau
memperuntukkan remedi yang lebih menguntungkan kepada pengguna daripada remedi yang diperuntukkan di bawah Akta ini.