Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian X · Liabiliti Keluaran
66. Tafsiran
Feedback & supportDalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“hasil pertanian” ertinya apa-apa hasil daripada tanah, penternakan atau perikanan;
“keluaran” ertinya apa-apa barang dan, tertakluk pada subseksyen (2), termasuklah sesuatu keluaran yang terkandung dalam sesuatu keluaran lain, sama ada dengan menjadi suatu bahagian komponen, bahan mentah atau selainnya;
“kerosakan” ertinya kematian atau kecederaan diri, atau apa-apa kerugian atau kerosakan kepada apa-apa harta, termasuk tanah, mengikut kehendak keadaan;
“orang tanggungan” mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Akta Undang-Undang Sivil 1956 [Akta 67];
“pengeluar” berhubung dengan sesuatu keluaran, ertinya—
orang yang mengilangkannya;
dalam hal sesuatu bahan yang tidak dikilangkan tetapi adalah dilombong atau disarikan, orang yang melombong atau menyarikan bahan itu;
Perlindungan Pengguna 91
dalam hal sesuatu keluaran yang tidak dikilangkan, dilombong atau disarikan tetapi ciri-ciri pentingnya adalah disebabkan oleh suatu proses industri atau proses lain yang telah dijalankan, orang yang telah menjalankan proses itu.
Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang membekalkan apa-apa keluaran yang di dalamnya terkandung keluaran lain, sama ada dengan menjadi suatu bahagian komponen, bahan mentah atau selainnya, tidaklah dianggap sebagai membekalkan keluaran yang terkandung dalam keluaran itu hanya disebabkan dia membekalkan keluaran itu.