Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian VII · Hak Terhadap Pengilang Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Barang
50. Hak tebus rugi pengguna terhadap pengilang
Feedback & supportBahagian ini memberi pengguna hak tebus rugi terhadap pengilang barang jika—
barang itu gagal untuk mematuhi gerenti tersirat mengenai kualiti boleh terima di bawah seksyen 32;
Undang-Undang Malaysia 80
barang itu gagal untuk mematuhi gerenti tersirat mengenai persamaan dengan perihal di bawah seksyen 34 disebabkan oleh kegagalan barang itu untuk menyamai perihal yang matan yang digunakan untuk barang itu oleh atau bagi pihak pengilang itu atau dengan keizinan nyata atau tersirat pengilang itu;
barang itu gagal untuk mematuhi gerenti tersirat mengenai pembaikan dan barang ganti di bawah seksyen 37;
barang itu gagal, dalam tempoh gerenti itu, untuk mematuhi apa-apa gerenti nyata yang diberikan oleh pengilang yang mengikat pengilang itu mengikut seksyen 38.