Skip to content
In forceAmendedUpdated to 1 Nov 2021Read it in English
Contents

Act of Parliament

Akta Perlindungan Pengguna 1999

Feedback & supportProtecting consumers, with an advisory council and claims tribunal

In plain English

Not legal advice

This Act protects consumers and sets up an advisory council and a tribunal to hear consumer claims. It applies to goods and services offered or supplied to consumers in trade, including trade done by electronic means. It does not apply to securities, futures contracts or contracts made before it came into force. It applies to land only where it expressly says so. It also leaves out services by professionals regulated by law and healthcare services. It adds to, and does not affect, other laws on contracts.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perlindungan

Pengguna 1999.

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan

Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), Akta ini hendaklah terpakai berkenaan dengan semua barang dan perkhidmatan yang ditawarkan atau dibekalkan kepada seorang pengguna atau lebih secara perdagangan termasuk apa-apa urus niaga perdagangan yang dijalankan melalui cara elektronik.

Undang-Undang Malaysia 14

(2)

Akta ini tidaklah terpakai—

(a)

bagi sekuriti sebagaimana yang ditakrifkan dalam

*Akta Perindustrian Sekuriti 1983 [Akta 280];

(b)

bagi kontrak niaga hadapan sebagaimana yang ditakrifkan dalam *Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993

[Akta 499];

(c)

bagi kontrak yang dibuat sebelum tarikh Akta ini mula berkuat kuasa;

(d)

berhubung dengan tanah atau kepentingan mengenai tanah kecuali sebagaimana yang diperuntukkan secara nyata dalam Akta ini;

(e)

bagi perkhidmatan yang diadakan oleh ahli profesional yang dikawal selia oleh mana-mana undang-undang bertulis; dan

(f)

bagi perkhidmatan jagaan kesihatan yang diadakan atau yang akan diadakan oleh profesional jagaan kesihatan atau oleh kemudahan jagaan kesihatan.

(g)

(Dipotong oleh Akta A1298).

(3)

(Dipotong oleh Akta A1381).

(4)

Pemakaian Akta ini adalah bersifat tambahan dan tanpa menjejaskan apa-apa undang-undang lain yang mengawal selia hubungan kontrak.

s 3Tafsiran

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

*CATATAN—Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007

[Akta 671] yang mula berkuat kuasa pada 28 September 2007 kecuali Penggal 2 Bahagian VI yang mula berkuat kuasa pada 1 April 2010–lihat subseksyen 381(2) Akta 671,

P.U. (B) 342/2007 dan P.U. (B) 143/2010.

Perlindungan Pengguna 15

“barang” ertinya barang yang terutamanya dibeli atau digunakan bagi maksud diri, rumah tangga atau isi rumah, dan termasuklah—

(a)

barang yang dipasang pada, atau digabungkan dalam, apa-apa harta tanah atau harta persendirian;

(b)

haiwan, termasuk ikan;

(c)

vesel dan kenderaan;

(d)

kemudahan; dan

(e)

pokok, tumbuh-tumbuhan dan tanaman sama ada atau tidak di atas, di bawah atau terlekat pada tanah, tetapi tidaklah termasuk hak dalam tindakan, termasuk surat cara boleh niaga, syer, debentur dan wang;

“cagaran” termasuklah apa-apa gadaian atau bebanan;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui atau di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini, dan jika tiada cara disebut, ertinya ditetapkan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;

“harga” termasuklah balasan dalam apa-apa bentuk, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dan termasuklah apa-apa balasan yang pada hakikatnya berhubung dengan pemerolehan atau pembekalan barang atau perkhidmatan walaupun kononnya yang berhubungan dengan apa-apa perkara atau benda lain;

“iklan” termasuklah tiap-tiap bentuk iklan, sama ada atau tidak disertakan dengan atau dikaitkan dengan perkataan yang diucapkan atau dituliskan atau tulisan atau bunyi lain dan sama ada atau tidak terkandung atau diterbitkan dalam suatu terbitan, dan termasuklah iklan—

(a)

dengan mempamerkan notis;

(b)

dengan menggunakan katalog, senarai harga, pekeliling, label, kad atau dokumen atau bahan lain;

Undang-Undang Malaysia 16

(c)

dengan pertunjukan filem atau gambar atau gambar foto;

atau

(d)

dengan menggunakan radio, televisyen, telekomunikasi atau apa-apa cara seumpamanya yang lain;

“kemudahan jagaan kesihatan” ertinya mana-mana premis yang dalamnya seorang atau lebih daripada seorang orang awam menerima perkhidmatan jagaan kesihatan;

“Majlis” atau “Majlis Penasihat Pengguna Negara” ertinya majlis yang ditubuhkan di bawah seksyen 73;

“membekalkan” berhubung dengan—

(a)

barang, ertinya membekalkan atau membekalkan semula dengan cara penjualan, pertukaran, pajakan, sewaan atau sewa beli;

(b)

perkhidmatan, ertinya mengadakan, memberikan atau menganugerahkan;

“pembekal” ertinya seseorang yang, secara perdagangan—

(a)

membekalkan barang kepada pengguna dengan memindahkan pemunyaan atau milikan barang itu di bawah suatu kontrak jualan, pertukaran, pajakan, sewaan atau sewa beli yang kepadanya orang itu menjadi suatu pihak; atau

(b)

membekalkan perkhidmatan kepada pengguna, dan termasuklah—

(i)

jika hak pembekal telah dipindahkan melalui penyerahhakan atau melalui kuat kuasa undang-undang, orang yang pada masa itu berhak kepada hak itu;

(ii)

seorang pembiaya yang telah meminjamkan wang atas cagaran barang yang dibekalkan kepada pengguna, jika keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada harga barang itu akan dibayar daripada hasil pinjaman dan jika pinjaman itu telah diaturkan oleh seseorang yang, secara perdagangan, membekalkan barang itu;

Perlindungan Pengguna 17

(iii)

seorang yang, secara perdagangan, menyerahhakkan atau memperoleh penyerahhakan barang kepada seseorang pembiaya untuk membolehkan pembiaya itu membekalkan barang itu, atau barang jenis itu, kepada pengguna; dan

(iv)

seorang yang, secara perdagangan, bertindak sebagai ejen bagi orang lain jika orang lain itu tidak membuat pembekalan secara perdagangan;

“pemerolehan” berhubung dengan—

(a)

barang, termasuklah perbuatan mendapatkan barang dengan cara pembelian, pertukaran atau yang diambil secara pajakan, sewaan atau sewa beli;

(b)

perkhidmatan, termasuklah perbuatan menyetujui terima suatu perkhidmatan dengan apa-apa cara, dan “memperoleh” dan “perolehan” hendaklah ditakrifkan dengan sewajarnya;

“Pengawal”, “Timbalan Pengawal” dan “Penolong Pengawal”

ertinya orang yang dilantik sebagai yang demikian di bawah seksyen 7;

“pengguna” ertinya seseorang yang—

(a)

memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang pada lazimnya diperoleh bagi maksud, kegunaan atau penggunaan diri, rumah tangga atau isi rumah; dan

(b)

tidak memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan itu, atau mengemukakan dirinya sebagai memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan itu, terutamanya bagi maksud—

(i)

membekalkannya semula secara perdagangan;

(ii)

menggunakannya dalam perjalanan suatu proses pengilangan; atau

Undang-Undang Malaysia 18

(iii)

dalam hal barang, membaiki atau mengolah, secara perdagangan, barang lain atau lekapan pada tanah;

“pengilang” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan memasang, mengeluarkan atau memproses barang, dan termasuklah—

(a)

mana-mana orang yang mengemukakan dirinya kepada orang ramai sebagai pengilang barang itu;

(b)

mana-mana orang yang melekatkan jenama atau capnya, atau menyebabkan supaya atau membenarkan jenama atau capnya dilekatkan, pada barang itu; dan

(c)

jika barang itu dikilangkan di luar Malaysia dan pengilang asing barang itu tidak mempunyai tempat perniagaan biasa dalam Malaysia, seseorang yang mengimport atau mengedarkan barang itu;

“penyiaran” termasuklah iklan kepada orang ramai atau mana-mana orang ramai dengan apa-apa cara dan “menyiarkan”

hendaklah ditakrifkan dengan sewajarnya;

“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“perdagangan” ertinya apa-apa perdagangan, perniagaan, industri, profesion, pekerjaan, aktiviti komersial atau perusahaan yang berhubungan dengan pembekalan atau pemerolehan barang atau perkhidmatan;

“perkhidmatan” termasuklah apa-apa hak, faedah, keistimewaan atau kemudahan yang atau yang akan diadakan, diberikan atau dianugerahkan di bawah apa-apa kontrak tetapi tidaklah termasuk hak, faedah atau keistimewaan dalam bentuk pembekalan barang atau pelaksanaan kerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan;

“perkhidmatan jagaan kesihatan” termasuklah—

(a)

perkhidmatan perubatan, pergigian, kejururawatan, perbidanan, kesihatan berkaitan, farmasi, dan ambulans dan apa-apa perkhidmatan lain yang disediakan oleh profesional jagaan kesihatan;

Perlindungan Pengguna 19

(b)

tempat tinggal bagi maksud apa-apa perkhidmatan jagaan kesihatan;

(c)

apa-apa perkhidmatan untuk memeriksa, mendiagnosis atau merawat orang yang menghidap atau dipercayai menghidap apa-apa penyakit, kecederaan atau hilang upaya minda atau badan;

(d)

apa-apa perkhidmatan bagi maksud kesihatan pencegahan atau penggalakan;

(e)

apa-apa perkhidmatan yang disediakan oleh mana-mana profesional separa jagaan kesihatan;

(f)

apa-apa perkhidmatan bagi mengubati atau mengurangkan apa-apa keadaan luar biasa tubuh manusia dengan menggunakan apa-apa perkakas, kelengkapan, alat atau peranti atau apa-apa teknologi perubatan lain; atau

(g)

apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan termasuk perkhidmatan perubatan pilihan dan tradisional;

“perniagaan” ertinya apa-apa perusahaan yang dijalankan sama ada atau tidak untuk keuntungan atau ganjaran dan yang dalam perjalanannya barang atau perkhidmatan diperoleh atau dibekalkan sama ada dengan bayaran atau selainnya;

“premis” ertinya mana-mana tempat, bangunan atau kenderaan, sama ada kekal atau sementara;

“profesional jagaan kesihatan” termasuklah pengamal perubatan, pengamal pergigian, ahli farmasi, ahli psikologi klinikal, jururawat, bidan, pembantu perubatan, ahli fisioterapi, ahli terapi pekerjaan dan profesional jagaan kesihatan berkaitan lain dan mana-mana orang lain yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan perubatan, kesihatan, pergigian, farmaseutik, atau apa-apa perkhidmatan jagaan kesihatan lain;

“rekod” termasuklah buku akaun, buku bank, baucar, resit, surat-menyurat dan apa-apa dokumen lain tidak kira sama ada rekod itu atas kertas atau dalam bentuk elektronik, fotograf atau bentuk lain tetapi tidak termasuk rekod perubatan pesakit;

Undang-Undang Malaysia 20

“subsidiari” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan dalam *Akta Syarikat 2016 [Akta 777];

“Tribunal” ertinya Tribunal Tuntutan Pengguna yang ditubuhkan di bawah seksyen 85.

(2)

Dalam Akta ini, sebutan tentang—

(a)

penglibatan dalam sesuatu perlakuan hendaklah dibaca sebagai sebutan tentang melakukan atau keengganan untuk melakukan sesuatu perbuatan, dan termasuklah—

(i)

meninggalkan sesuatu perbuatan; atau

(ii)

memaklumkan bahawa sesuatu perbuatan itu akan atau, tidak akan dilakukan, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b)

pemerolehan barang termasuklah sebutan tentang pemerolehan harta dalam atau hak yang berhubungan dengan barang berikutan dengan pembekalan barang itu;

(c)

pembekalan atau pemerolehan barang atau perkhidmatan termasuklah sebutan tentang perjanjian untuk membekalkan atau memperoleh barang atau perkhidmatan;

(d)

pembekalan atau pemerolehan barang termasuklah sebutan tentang pembekalan atau pemerolehan barang bersama dengan barang atau perkhidmatan lain atau kedua-duanya;

(e)

pembekalan atau pemerolehan perkhidmatan termasuklah sebutan tentang pembekalan atau pemerolehan perkhidmatan bersama dengan barang atau perkhidmatan lain atau kedua-duanya;

(f)

pembekalan semula barang yang diperoleh daripada seseorang termasuklah sebutan tentang—

(i)

pembekalan barang kepada seseorang yang lain dalam bentuk atau keadaan yang diubah; dan

*CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Perlindungan Pengguna 21

(ii)

pembekalan kepada orang lain barang lain yang dengannya barang yang diperoleh itu telah digabungkan.

(3)

Dalam Akta ini, jika perlu ditentukan masa sesuatu gerenti mula terpakai—

(a)

barang hendaklah dikira sebagai dibekalkan pada masa pengguna memperoleh hak untuk memiliki barang itu;

(b)

perkhidmatan hendaklah dikira sebagai dibekalkan pada masa perkhidmatan itu diadakan, diberikan atau dianugerahkan.

(4)

Bagi maksud Akta ini, sesuatu aku janji, penegasan atau representasi dengan apa-apa nama hendaklah disifatkan sebagai suatu gerenti nyata jika aku janji, penegasan atau representasi itu mempunyai kesan yang sama atau yang pada matannya sama sebagaimana suatu gerenti nyata.

s 4Penyingkiran pilihan undang-undang

Akta ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa terma kontrak yang terpakai atau berupa sebagai memakaikan undang-undang suatu negara yang lain jika mahkamah mendapati bahawa terma itu telah dikenakan keseluruhannya atau terutamanya bagi maksud untuk membolehkan pihak yang mengenakannya mengelak daripada kuat kuasa Akta ini.

s 5Kecualian bagi perundangan lain yang berkaitan

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menghapuskan atau mengehadkan kesan, atau menghalang pergantungan pada—

(a)

mana-mana undang-undang bertulis yang mengenakan kewajipan yang lebih ketat ke atas pembekal daripada yang dikenakan di bawah Akta ini;

(b)

mana-mana undang-undang bertulis yang mengikutnya apa-apa terma yang selaras dengan Akta ini dianggap tersirat dalam kontrak bagi pembekalan apa-apa barang atau perkhidmatan;

Undang-Undang Malaysia 22

(c)

mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kontrak penggajian atau kontrak perantisan; atau

(d)

apa-apa terma dalam apa-apa perjanjian bertulis antara pembekal dengan pengguna setakat yang terma itu—

(i)

mengenakan kewajipan yang lebih ketat ke atas pembekal daripada yang dikenakan di bawah

Akta ini; atau

(ii)

memperuntukkan remedi yang lebih menguntungkan kepada pengguna daripada remedi yang diperuntukkan di bawah Akta ini.

(1)

Peruntukan Akta ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa jua yang bertentangan dalam mana-mana perjanjian.

(2)

Tiap-tiap pembekal dan tiap-tiap pengilang yang berupa sebagai berkontrak keluar daripada mana-mana peruntukan

Akta ini melakukan suatu kesalahan.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menghalang pengguna yang mempunyai tuntutan di bawah Akta ini daripada bersetuju untuk menyelesaikan atau mengkompromikan tuntutan itu.

(1)

Menteri boleh melantik daripada kalangan pegawai awam, seorang Pengawal Hal Ehwal Pengguna dan apa-apa bilangan

Timbalan Pengawal Hal Ehwal Pengguna, Penolong Pengawal

Hal Ehwal Pengguna dan pegawai lain sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini.

(2)

Pengawal hendaklah, tertakluk pada arahan dan kawalan am Menteri, melaksanakan fungsi dan kewajipan yang dikenakan dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah

Akta ini.

Perlindungan Pengguna 23

(3)

Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal dan pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah di bawah arahan dan kawalan Pengawal.

(4)

Seseorang Timbalan Pengawal boleh melaksanakan segala fungsi dan kewajipan yang dikenakan dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Pengawal di bawah Akta ini.

(5)

Semua pegawai yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian

Kanun Keseksaan [Akta 574].

Bahagian II

Perlakuan Mengelirukan dan Memperdaya, Representasi Palsu dan Amalan Tidak Saksama

Bahagian III

Keselamatan Barang dan Perkhidmatan

Bahagian IV

Kesalahan, Pembelaan dan Remedi Berhubung Dengan Bahagian II dan III

Bahagian V

Gerenti Berkenaan Dengan Pembekalan Barang

Bahagian VI

Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Barang

Bahagian VII

Hak Terhadap Pengilang Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Barang

Bahagian VIII

Gerenti Berkenaan Dengan Pembekalan Perkhidmatan

Bahagian IX

Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Perkhidmatan

Bahagian X

Liabiliti Keluaran

Bahagian XI

Majlis Penasihat Pengguna Negara

Bahagian XII

Tribunal bagi Tuntutan Pengguna

Bahagian XIII

Penguatkuasaan

Bahagian XIV

Am dan Pelbagai

Schedules