Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian XIV · Am dan Pelbagai

140. Resit

Feedback & support
(1)

Seseorang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barang atau perkhidmatan hendaklah memberikan resit kepada pengguna bagi apa-apa pembelian barang atau perkhidmatan yang melebihi nilai yang ditetapkan.

(2)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen (1), pengguna hendaklah dibekalkan dengan suatu resit bagi apa-apa pembelian barang atau perkhidmatan jika diminta oleh pengguna itu.

(3)

Sesuatu resit yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:

(a)

nama perdagangan dan alamat pembekal;

(b)

tarikh pembelian;

(c)

amaun wang yang telah dibayar bagi setiap barang yang dibeli;

(d)

jumlah amaun wang yang telah dibayar termasuk suatu penyata berasingan bagi apa-apa amaun yang telah dibayar sebagai cukai;

(e)

jika terpakai, buatan dan nombor model barang itu; dan

Undang-Undang Malaysia 138

(f)

apa-apa butir lain yang boleh ditetapkan dalam peraturan-peraturan.

(4)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana perniagaan atau kelas perniagaan daripada seksyen ini.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Report