Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian VII · Hak Terhadap Pengilang Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Barang
52. Pilihan terhadap pengilang jika barang tidak mematuhi gerenti
Feedback & supportJika pengguna mempunyai hak tebus rugi terhadap pengilang di bawah Bahagian ini berkenaan dengan kegagalan apa-apa barang untuk mematuhi gerenti di bawah Bahagian V, pengguna itu boleh mendapatkan ganti rugi daripada pengilang itu—
bagi apa-apa penurunan nilai barang itu hasil daripada kegagalan pengilang, iaitu—
penurunan ke bawah harga yang dibayar atau kena dibayar oleh pengguna bagi barang itu; atau
Perlindungan Pengguna 81
penurunan ke bawah harga purata runcit bagi barang itu pada masa pembekalan, mengikut mana-mana harga yang lebih rendah;
bagi apa-apa kerugian atau kerosakan kepada pengguna itu hasil daripada kegagalan pengilang, selain kerugian atau kerosakan oleh sebab penurunan nilai barang, yang terbukti sebagai hasil atau kesan daripada kegagalan itu.
Jika pengguna adalah berhak melalui gerenti nyata yang diberikan oleh pengilang untuk menghendaki pengilang itu membetulkan kegagalan itu dengan—
membaiki barang itu; atau
menggantikan barang itu dengan barang yang serupa jenisnya, tiada tindakan boleh dimulakan di bawah perenggan (1)(a)
melainkan jika pengguna itu telah menghendaki pengilang supaya membetulkan kegagalan itu dan pengilang telah enggan atau abai untuk membetulkan kegagalan itu, atau telah tidak berjaya untuk membetulkan kegagalan itu, dalam masa yang munasabah.