Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian XI · Majlis Penasihat Pengguna Negara
75. Penjalanan sementara fungsi-fungsi Pengerusi
Feedback & supportJika kerana apa-apa sebab Pengerusi tidak dapat melaksanakan fungsi-fungsinya atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan
Pengerusi, Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan fungsi-fungsi Pengerusi.
Jika kerana apa-apa sebab Pengerusi dan Timbalan Pengerusi kedua-duanya tidak dapat melaksanakan fungsi-fungsi Pengerusi atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi dan
Timbalan Pengerusi, Menteri boleh melantik mana-mana anggota
Majlis untuk melaksanakan fungsi-fungsi Pengerusi.
Perlindungan Pengguna 99
Timbalan Pengerusi atau anggota yang dilantik di bawah subseksyen (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, dalam tempoh dia melaksanakan fungsi-fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.