Akta Hakcipta 1987 · Updated to 30 Jun 2022 · Bahagian II · Peruntukan Am
10. Kelayakan bagi perlindungan
Feedback & supportHak cipta wujud dalam tiap-tiap karya yang layak mendapat hak cipta yang mana pencipta atau dalam hal karya ciptaan bersama,
26
Undang-Undang Malaysia mana-mana daripada pencipta itu adalah seorang orang berkelayakan semasa karya itu dibuat.
Hak cipta juga wujud dalam tiap-tiap karya yang layak mendapat hak cipta dan yang—
sebagai suatu karya sastera, muzik atau seni atau filem atau rakaman bunyi adalah mula-mulanya diterbitkan di
Malaysia;
sebagai suatu karya seni bina adalah didirikan di Malaysia atau sebagai mana-mana karya seni lain adalah dimuatkan dalam suatu bangunan yang terletak di Malaysia;
sebagai suatu siaran adalah dipancarkan dari Malaysia.
Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), hak cipta wujud, tertakluk pada Akta ini, dalam tiap-tiap karya yang layak mendapat hak cipta jika karya itu telah dibuat di Malaysia.