Akta Hakcipta 1987 · Updated to 30 Jun 2022 · Bahagian II · Peruntukan Am
10A. Kelayakan bagi perlindungan pelaku
Feedback & supportHak pelaku hendaklah wujud dalam tiap-tiap persembahan yang pelakunya itu ialah—
(a)
warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; atau
(b)
bukan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia tetapi persembahannya—
(i)
diadakan di Malaysia;
(ii)
telah digabungkan dalam rakaman bunyi yang dilindungi di bawah Akta ini; atau
(iii)
belum lagi ditetapkan dalam rakaman bunyi tetapi termasuk dalam suatu siaran yang layak untuk dilindungi di bawah Akta ini.
Hak Cipta 27