Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian II · Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia

5. Keanggotaan Majlis

Feedback & support

Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat, yang hendaklah menjadi pengerusi;

(b)

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat, yang hendaklah menjadi timbalan pengerusi;

(c)

Presiden Lembaga atau wakilnya;

(d)

Pendaftar, yang hendaklah menjadi setiausaha; dan

(e)

tidak lebih daripada dua puluh lima orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri daripada kategori yang berikut:

(i)

sektor awam;

(ii)

pertubuhan profesional yang ada hubungan dengan profesion kaunseling dan diluluskan oleh Menteri;

(iii)

wakil institusi pendidikan tinggi;

(iv)

pertubuhan bukan kerajaan yang memberikan perkhidmatan kaunseling; dan

(v)

individu yang, disebabkan oleh pengetahuan dan pengalaman mereka, pada pendapat Menteri akan dapat membantu Majlis.

(2)

Tiada seorang pun boleh dilantik menjadi anggota Majlis melainkan jika dia ialah warganegara Malaysia.

Report

Bahagian III

Lembaga Kaunselor

Bahagian IV

Pendaftaran Kaunselor dan Perakuan Amalan

Bahagian V

Pertubuhan Perbadanan Menjalankan Amalan Sebagai Kaunselor

Bahagian VI

Prosiding Tatatertib

Bahagian VII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian VIII

Pelbagai

Schedules