Seksyen 7
Menteri hendaklah membatalkan pelantikan seseorang anggota
Majlis yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(e)—
(a)
jika kelakuannya, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Majlis atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga memburukkan nama Majlis;
(b)
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
sesuatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;
(iii)
suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau
(iv)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda;
(c)
jika dia menjadi bankrap; atau
(d)
jika dia didapati tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menjalankan kewajipannya.