Skip to content

Seksyen 65s

of Akta Kastam 1967

ActIn forceProvision 51 of 138

Seksyen 65s

(1)

Jika suatu ketetapan efektif diluluskan atau suatu perintah dibuat bagi penggulungan sesuatu syarikat yang merupakan pengilang berlesen, likuidator syarikat itu hendaklah memberi notis penggulungan itu kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas itu, dan hendaklah sebelum melupuskan apa-apa aset syarikat itu mengetepikan sejumlah wang daripada aset itu yang didapati oleh

Ketua Pengarah sebagai mencukupi bagi membayar apa-apa duti kastam yang adalah atau selepas itu akan menjadi kena dibayar berkenaan dengan syarikat itu.

(2)

Seseorang likuidator mana-mana syarikat sedemikian yang gagal memberi notis kepada Ketua

Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau gagal memperuntukkan bagi pembayaran duti kastam sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen itu adalah bertanggungan sendiri bagi apa-apa duti kastam yang adalah atau akan menjadi kena dibayar seperti yang disebut terdahulu.

(3)

Jika dua orang atau lebih dilantik menjadi likuidator atau dikehendaki oleh undang-undang menjalankan penggulungan mana-mana syarikat sedemikian, tertakluk kepada hak sumbangan di antara mereka sebagaimana dalam hal kontrak, obligasi dan liabiliti yang mengikat seorang likuidator di bawah seksyen ini hendaklah mengikat semua orang itu bersesama dan berasingan.

Likuidator syarikat hendaklah memberi notis penggu-lungan, dan mengetepi-kan duti.

[Mas. Akta

A313.]

{Bah. VIII, S. 65c-65D]

Perlantikan penerima hendaklah diberitahu kepada

Ketua

Pengarah.

[Mas. Akta

A313.}

Perlesenan kedai bebas cukai.

[Mas. Akta

56 AKTA 235