Skip to content

Seksyen 15

of Akta Penghutang 1957

ActIn forceProvision 15 of 24

Seksyen 15

(1)

Jika pada mana-mana peringkat sesuatu tindakan, selain daripada sesuatu tindakan bagi memiliki harta tak alih, terhadap seseorang defendan yang menjalankan urusan atau biasanya tinggal dalam bidang kuasa mahkamah, plaintif meyakinkan mahkamah dengan keterangan bersumpah bahawa dia mempunyai kausa tindakan yang baik terhadap defendan dan bahawasanya defendan, dengan niat memudaratkan plaintif, atau mengelak apa-apa proses mahkamah, atau menghalang atau melengahkan pelaksanaan mana-mana penghakiman yang mungkin dibuat terhadapnya —

Penghutang 17

(a)

telah melarikan diri atau meninggalkan Negeri;

(b)

hendak melarikan diri atau meninggalkan Negeri; atau

(c)

telah melupuskan, atau memindahkan hartanya atau mana-mana bahagiannya daripada Negeri, mahkamah boleh mengeluarkan suatu perintah bagi menangkap defendan itu dan membawanya ke hadapan mahkamah untuk memberikan sebab mengapa dia tidak patut memberi jaminan bagi kehadirannya:

Dengan syarat bahawa defendan tidak boleh ditangkap jika dia membayar kepada pegawai yang diamanahkan dengan pelaksanaan perintah itu apa-apa jumlah wang yang dinyatakan di dalam perintah itu mencukupi bagi menyelesaikan tuntutan plaintif. Jumlah wang itu hendaklah dipegang secara deposit oleh mahkamah sehingga tindakan itu dilupuskan atau sehingga dikeluarkan perintah selanjutnya.

(2)

Jika defendan gagal memberi sebab tersebut mahkamah hendaklah memerintahkannya sama ada mendepositkan wang atau harta lain dalam mahkamah yang mencukupi bagi memenuhi tuntutan terhadapnya atau memberi jaminan bagi kehadirannya pada bila-bila masa apabila dipanggil semasa tindakan itu belum selesai dan sehingga penyelesaian sesuatu perintah yang mungkin dibuat terhadapnya dalam tindakan itu, atau hendaklah membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut berkenaan dengan jumlah wang yang mungkin telah dibayar oleh defendan di bawah proviso subseksyen (1).

(3)

Setiap penjamin bagi kehadiran seseorang defendan hendaklah mengikat dirinya untuk membayar, sekiranya defendan tidak hadir, apa-apa jumlah wang yang defendan mungkin diperintahkan untuk membayar dalam tindakan itu.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 256