Seksyen 3
Seksyen 3
Tertakluk kepada dan mengikut mana-mana kaedah mahkamah apa-apa jumlah wang yang kena dibayar menurut penghakiman sesuatu mahkamah boleh didapatkan semula jika berlaku keingkaran atau kegagalan pembayarannya dengan serta-merta atau pada masa atau masa-masa, atau mengikut cara yang diarahkan sedemikian oleh pelaksanaan sama ada menurut
Penghutang 9
undang-undang atau ekuiti terhadap harta alih atau tak alih sesuatu pihak yang terhadapnya penghakiman itu diperoleh:
Dengan syarat bahawa yang berikut tidak boleh dikenakan penahanan, penyitaan, atau jualan dalam pelaksanaan itu, iaitu:
(a)
pakaian, perkakas memasak, katil atau alatan tempat tidur penghutang penghakiman, isteri dan anak-anaknya, dan alat dan perkakas trednya yang bernilai hingga dua ratus ringgit kesemuanya, yang setakat itu adalah dilindungi daripada pelaksanaan;
(b)
alat-alat pertukangan atau jika penghutangan penghakiman itu ialah seorang petani, perkakas pertaniannya dan mana-mana kerbau lembu dan biji benih atau hasil yang pada pendapat mahkamah adalah perlu bagi membolehkannya mencari nafkah sebagai seorang tukang atau petani;
(c)
rumah atau bangunan lain (dengan bahan dan tapaknya dan tanah yang bersangkutan dengannya secara langsung dan perlu bagi penikmatan mereka) yang dipunyai oleh seorang petani dan diduduki olehnya;
(d)
buku akaun;
(e)
apa-apa pencen, ganjaran atau elaun yang diberi oleh
Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri atau oleh mana-mana badan awam lain yang ditetapkan oleh
Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam
Warta;
(f)
upah atau gaji penghutang penghakiman itu:
Dengan syarat bahawa jika upah atau gaji itu melebihi dua ratus ringgit sebulan, mahkamah boleh memberi kebenaran pelaksanaan untuk dilevi mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah berkenaan dengan lebihan itu atau sebahagian
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 256
daripadanya sebagaimana yang difikirkan adil oleh mahkamah.
(g)
jika penghutang penghakiman itu adalah seorang yang bertanggungan untuk membayar hasil tanah, apa-apa harta alih yang di bawah mana-mana undang-undang yang terpakai terhadapnya dikecualikan daripada jualan bagi mendapatkan kembali tunggakan hasil tersebut; dan
(h)
apa-apa syer seseorang penghutang penghakiman dalam sesuatu perkongsian yang terhadapnya penghutang penghakiman itu berhak untuk mengambil tindakan bagi mendapat suatu gadaian di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pekongsian.
(2)
Tiada apa pun dalam seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai mengecualikan rumah atau bangunan lain atau bahan atau tapaknya atau tanah yang bersangkutan dengannya secara langsung atau yang perlu bagi penikmatan mereka daripada ditahan atau dijual pada melaksanakan penghakiman bagi pembayaran sewa mana-mana rumah, bangunan, tapak atau tanah tersebut.