Seksyen 4
Seksyen 4
Jika penghakiman mahkamah adalah bagi mendapatkan kembali atau pembayaran wang sama ada secara ansuran atau sebaliknya pihak yang berhak menguatkuasakannya (kemudian daripada ini disebut pemiutang penghakiman) boleh, tertakluk kepada dan mengikut apa-apa kaedah mahkamah, memanggil penghutang penghakiman, atau sekiranya penghutang penghakiman itu adalah suatu perbadanan seorang pegawai perbadanan itu, untuk diperiksa secara lisan di hadapan mahkamah berkenaan dengan keupayaan penghutang penghakiman membayar atau menyelesaikan hutang
Penghutang 11
penghakiman dan bagi mendapatkan harta yang boleh digunakan bagi pembayaran tersebut dan bagi pelupusan harta itu yang telah dibuat oleh penghutang penghakiman tersebut.
(2)
Penghutang penghakiman, atau, jika penghutang penghakiman itu ialah suatu perbadanan, pegawainya yang telah dipanggil, hendaklah, apabila diminta, mengemukakan segala buku, suratan atau dokumen dalam miliknya atau kuasanya berhubungan dengan harta tersebut.
(3)
Pemiutang penghakiman, boleh mensepina sebagai seorang saksi mana-mana orang yang dia berpendapat mungkin boleh memberi maklumat berkenaan dengan keupayaan penghutang penghakiman membayar hutang penghakiman atau berkenaan dengan hartanya.
(4)
Sama ada penghutang penghakiman, atau, jika penghutang penghakiman itu ialah suatu perbadanan, pegawainya hadir atau tidak pemiutang penghakiman dan saksi-saksi lain bolehlah diperiksa dengan bersumpah berkenaan dengan perkara yang tersebut dahulu.
(5)
Jika penghutang penghakiman, atau jika penghutang penghakiman itu ialah suatu perbadanan, pegawainya yang telah diberitahu dengan sempurnanya tidak hadir, mahkamah boleh─
(a)
memerintahkan supaya dia ditangkap dan dibawa ke hadapan mahkamah untuk diperiksa; atau
(b)
membuat suatu perintah ex parte terhadap penghutang penghakiman itu.
(6)
Selepas pemeriksaan atau ketidakhadiran itu seperti yang tersebut dahulu mahkamah boleh memerintahkan penghutang penghakiman itu membayar hutang penghakiman itu sama ada ─
(a)
sekaligus dengan serta-merta atau dalam suatu tempoh yang ditetapkan oleh mahkamah; atau 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 256
(b)
dengan apa-apa ansuran yang kena dibayar pada sesuatu masa yang ditetapkan oleh mahkamah.
(7)
Jika penghutang penghakiman ingkar membayar mengikut perintah sedemikian, suatu notis di dalam borang yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah bolehlah dikeluarkan atas permintaan pemiutang penghakiman, yang meminta penghutang penghakiman itu hadir di hadapan mahkamah pada masa yang ditetapkan di dalamnya dan menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dipenjarakan kerana keingkaran tersebut.
(8)
Mana-mana notis sedemikian hendaklah disampaikan sendiri kepada penghutang penghakiman; dan jika, pada hari yang tersebut itu atau pada mana-mana hari yang berikut yang mana perkara itu mungkin ditangguhkan, tiada apa jua sebab yang mencukupi diberi oleh penghutang penghakiman itu, mahkamah boleh mengkomitkannya ke penjara sivil selama suatu tempoh yang boleh sampai enam minggu atau sehingga terlebih dahulu dibayar apa-apa ansuran atau ansuran-ansuran atau jumlah wang lain yang kena dibayar.
(9)
Seseorang penghutang tidak boleh dipenjarakan di bawah seksyen ini melainkan jika didapati bahawa, semenjak tarikh perintah mengarahkan pembayaran, sama ada dengan serta merta atau dalam sesuatu tempoh yang dinyatakan atau secara ansuran, dia mempunyai pendapatan yang cukup bagi mematuhi perintah itu.