Seksyen 19
Seksyen 19
Jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah, pada bila-bila masa selepas writ saman dikeluarkan, dengan keterangan bersumpah bahawa plaintif mempunyai kausa tindakan yang baik terhadap defendan, dan —
(a)
bahawa defendan itu tidak ada di dalam Negeri dan bahawa tempat tinggalnya tidak dapat ditemui;
(b)
bahawa penyampaian writ saman tidak dapat dilakukan tanpa kelengahan atau kesusahan besar; atau
(c)
bahawa defendan itu, dengan niat untuk menghalang atau melengahkan pelaksanaan apa-apa penghakiman yang telah atau mungkin dibuat terhadapnya, telah mengalih atau hendak mengalih atau telah menyembunyikan atau sedang menyembunyikan atau membinasakan atau menyerahkan kepada orang kain, apa-apa harta alih atau harta tak alih, mahkamah boleh memerintahkan supaya harta defendan, atau mana-mana bahagian daripadanya, disita atau ditahan dengan serta-merta oleh pegawai berkenaan sebagai suatu sandaran atau jaminan bagi memenuhi tuntutan wajar plaintif, sehingga perbicaraan tindakan itu dan penyelesaian apa-apa penghakiman yang mungkin dibuat terhadap defendan; tetapi perintah tersebut tidak boleh menjadikan plaintif sebagai seorang pemiutang bercagar jika defendan dihukum bankrap:
Dengan syarat bahawa apa-apa harta defendan atau hutang yang kena dibayar kepada defendan jika dalam jagaan atau di bawah kawalan atau kena dibayar daripada mana-mana Kerajaan atau pegawai awam atas sifat rasminya, hanya boleh dirampas atau ditahan dengan izin bertulis Menteri Kewangan dalam hal Kerajaan
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 256
Malaysia atau pegawai Persekutuan atau Kaetua Menteri dalam hal
Kerajaan Negeri atau pegawai Negeri.
(2)
Dalam hal harta tak alih penyitaan hendaklah dibuat mengikut cara yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah mahkamah bagi penyitaan harta tersebut dalam melaksanakan sesuatu penghakiman.
(3)
Sekiranya harta tak alih disita kemudiannya dalam pelaksanaan bagi penyelesaian penghakiman dalam tindakan itu, apa-apa perintah mahkamah yang menurut penyitaan itu didaftarkan mengikut kaedah-kaedah mahkamah itu yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah diberi prioriti seolah-olah ia telah didaftarkan pada tarikh yang mana sesuatu perintah di bawah seksyen ini menurut penyitaan harta tersebut di bawah seksyen ini didaftarkan sedemikian.