Seksyen 5
Kuasa mahkamah memerintahkan supaya penghutang dilepaskan
(1)
Jika pada bila-bila masa adalah didapati dengan memuaskan hati mahkamah bahawa mana-mana penghutang yang ditangkap atau dikurung dalam penjara menurut perintah mahkamah tidak mampu kerana apa-apa sebab membayar mana-mana jumlah wang yang didapatkan kembali daripadanya (sama ada dengan cara penyelesaian tuntutan atau tuntutan balas atau dengan cara kos atau selainnya), atau apa-apa ansurannya, dan patut dilepaskan, mahkamah boleh memerintahkan supaya dia dilepaskan menurut apa-apa terma
Penghutang 13
(termasuk liabiliti untuk ditangkap semula jika terma-terma itu tidak dipatuhi) sebagaimana difikirkan patut oleh mahkamah.
(2)
Jika perintah pemenjaraan yang dikeluarkan oleh satu mahkamah telah dihantar ke mahkamah lain bagi pelaksanaan, mahkamah lain itu adalah mempunyai kuasa sama ada sebagaimana mahkamah yang mana perintah pemenjaraan itu dibuat bagi memerintahkan supaya penghutang itu dilepaskan di bawah seksyen ini.