Akta Pergigian 1971 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian IV · Prosiding Tatatertib
33. Hukuman tatatertib
Feedback & supportPada menjalankan bidang kuasa tatatertibnya, Majlis boleh mengenakan mana-mana daripada hukuman yang berikut:
memerintahkan supaya nama orang berdaftar itu dipotong daripada Daftar;
memerintahkan supaya nama orang berdaftar itu digantung daripada Daftar selama sesuatu tempoh yang difikirkannya patut;
memerintahkan supaya orang berdaftar itu dicela; atau
membuat sesuatu perintah sebagaimana yang disebut terdahulu tetapi menggantung pelaksanaannya, tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Majlis, bagi suatu atau beberapa tempoh yang kesemuanya berjumlah tidak lebih daripada dua tahun, dan boleh, dalam sesuatu hal, membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut oleh Majlis berkenaan dengan pembayaran kos
Pendaftar dan kos seseorang pengadu atau kos orang berdaftar itu, dan apa-apa kos yang diawardkan boleh dituntut sebagai hutang sivil.
Jika nama seseorang berdaftar diperintahkan oleh Majlis supaya dipotong atau digantung daripada Daftar, orang itu hendaklah dalam masa lima hari selepas perintah itu dibuat menyerahkan kepada
Pergigian 35
Pendaftar perakuan amalan tahunan semasanya termasuk mana-mana perakuan amalan tahunan yang baharu yang mungkin telah diperoleh daripada Pendaftar dan juga perakuan pendaftarannya:
Dengan syarat bahawa jika orang itu atau peguamnya tidak hadir di hadapan Majlis pada masa perintah itu dibuat, Pendaftar hendaklah memberitahukan orang itu dengan bertulis, tentang perintah yang dibuat oleh Majlis dan meminta dalam notis itu supaya orang itu menyerahkan kepadanya perakuan pendaftarannya dan perakuan amalan tahunan semasanya termasuk mana-mana perakuan amalan tahunan yang baharu yang mungkin telah diperoleh daripada
Pendaftar dalam masa tujuh hari selepas notis itu diserahkan di alamat berdaftarnya, atau di alamatnya yang akhir diketahui jika alamat itu berbeza daripada alamat berdaftarnya dan jika pada pendapat Pendaftar penyampaian secara itu akan lebih berkesan.
Jika orang berdaftar itu tidak menyerahkan perakuan pengamalan semasanya termasuk mana-mana perakuan amalan tahunan yang baharu yang mungkin telah diperolehnya daripada
Pendaftar dan juga perakuan pendaftarannya dalam masa yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), dia adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Pendaftar hendaklah menyiarkan dalam Warta nama orang yang dikeluarkan daripada Daftar atau digantung daripada menjalankan amalan di bawah seksyen ini sama ada—
apabila tamat tempoh satu bulan yang ditetapkan dalam seksyen 34, jika orang itu tidak membuat rayuan terhadap keputusan Majlis itu; atau
sebaik selepas keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi yang menyokong keputusan Majlis itu, jika orang itu membuat rayuan terhadap keputusan Majlis, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Tiada seorang pun yang namanya telah dikeluarkan daripada
Daftar di bawah seksyen ini berhak kemudiannya memohon supaya
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 51
didaftarkan sebagai seorang pengamal pergigian di bawah peruntukan
Akta ini, tetapi Majlis boleh, jika difikirkannya patut dalam sesuatu hal, atas permohonan orang yang berkenaan itu, memerintahkan supaya nama orang itu dimasukkan semula ke dalam Daftar; dan jika nama orang itu telah digantung daripada Daftar selama tempoh yang terhad sahaja, orang itu adalah berhak selepas tamat tempoh itu, tetapi tidak terdahulu daripada itu, memohon supaya perakuan pendaftaran dan perakuan amalan tahunan (jika tempoh yang baginya ia dikeluarkan masih belum tamat) dikembalikan kepadanya.
Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (5) hendaklah dibuat mengikut cara atau borang dan disertakan dengan apa-apa suratan, gambar foto, butiran dan bayaran sebagaimana yang ditetapkan.