Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2021Read it in English

Bahagian IV · Prosiding Tatatertib

34. Rayuan terhadap perintah atau keputusan Majlis

Feedback & support
(1)

Seseorang yang terkilan dengan sesuatu perintah yang dibuat berkenaan dengannya oleh Majlis pada menjalankan bidang kuasa tatatertibnya atau dengan sesuatu keputusan Majlis dalam prosiding yang berhubungan dengannya di bawah subseksyen 12(4)

atau subseksyen 17(1) atau subseksyen 33(1) atau dengan pengeluaran namanya daripada Daftar di bawah mana-mana daripada peruntukan Akta ini kecuali Bahagian VII atau dengan apa-apa keengganan atau kegagalan Majlis mendaftarkan atau memasukkan semula namanya ke dalam Daftar (melainkan jika pengeluaran, keengganan atau kegagalan itu disebabkan oleh kegagalan orang itu mendapatkan sesuatu perakuan pengamalan atau disebabkan oleh pembatalan perakuan itu) boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi, dan

Mahkamah

Tinggi boleh, apabila rayuan itu dibuat, mengesahkan, mengakaskan atau mengubah perintah atau keputusan yang dirayu itu atau boleh memberikan apa-apa arahan yang difikirkannya patut dalam perkara itu; kos rayuan itu hendaklah terpulang kepada budi bicara Mahkamah Tinggi.

(2)

Keputusan Mahkamah Tinggi atas rayuan itu adalah muktamad.

Pergigian 37

(3)

Tatacara yang berhubungan dengan sesuatu rayuan itu hendaklah tertakluk pada kaedah-kaedah mahkamah yang terpakai di

Mahkamah Tinggi:

Dengan syarat bahawa Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa untuk mendengar rayuan terhadap sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 33 melainkan jika notis mengenai rayuan itu telah diberikan dalam masa satu bulan dari tarikh perintah itu dibuat atau, jika proviso kepada subseksyen 33(2) terpakai, dalam masa satu bulan selepas perintah itu disampaikan sebagaimana yang dinyatakan dalam proviso itu.

(4)

Sesiapa yang terkilan dengan keengganan Majlis untuk mengeluarkan kepadanya suatu perakuan amalan tahunan atau dengan pembatalan perakuan amalan tahunannya boleh merayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad, dan tiada apa-apa tindakan atau prosiding boleh dikekalkan dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan keengganan atau pembatalan itu.

Report

Bahagian V

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan, Kecualian dan Pemansuhan

Bahagian VII

Peruntukan Tambahan bagi Maksud Negara

Schedules