Akta Pergigian 1971 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian VII · Peruntukan Tambahan bagi Maksud Negara
47. Section 47
Feedback & supportTiap-tiap orang yang memperoleh pendaftaran di bawah seksyen 12 boleh, sebaik sahaja dia didaftarkan sedemikian atau pada bila-bila masa selepas itu, disampaikan kepadanya suatu notis bertulis yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah yang menghendaki orang itu supaya memegang jawatan sebagai pegawai pergigian dalam apa-apa jawatan dalam mana-mana perkhidmatan awam dan pada apa-apa tarikh, dalam setiap hal ini, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.
Seseorang yang disampaikan kepadanya suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi notis itu dan jika dia tidak berbuat demikian dia melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Sebaik sahaja suatu pertuduhan di bawah subseksyen (2) atau di bawah seksyen 48 dibuktikan dalam mahkamah terhadap mana-mana orang, pendaftaran orang itu di bawah seksyen 12 hendaklah disifatkan sebagai terbatal, dan Pendaftar hendaklah memotong nama orang itu daripada Daftar.
Jika nama seseorang dipotong daripada Daftar di bawah subseksyen (3), nama orang itu tidak boleh dimasukkan semula ke dalam Daftar kecuali atas arahan yang diberikan oleh Menteri, dan
Menteri boleh memberikan arahan sedemikian apabila permohonan bertulis dibuat kepadanya oleh orang yang namanya telah dipotong daripada Daftar.
Apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri di bawah subseksyen (4) berkenaan dengan mana-mana orang boleh dijadikan tertakluk pada penunaian apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan, dan terma dan syarat itu boleh termasuk terma dan syarat yang menghendaki orang itu berkhidmat sebagai pegawai pergigian dengan memuaskan hati Ketua Pengarah
Pergigian 49
selama suatu tempoh terus-menerus yang berjumlah tidak kurang daripada tiga tahun dalam apa-apa jawatan dalam mana-mana satu perkhidmatan awam atau lebih sebagaimana yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh Ketua Pengarah menurut budi bicaranya.
Semasa orang yang namanya dimasukkan semula di bawah subseksyen (4) menunaikan terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (5) dia hendaklah disifatkan didaftarkan setakat yang perlu untuk menunaikan terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (5) dan bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, tetapi tidak lebih daripada itu; dan apabila terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (5)
telah ditunaikan, dia adalah berhak mendapatkan suatu perakuan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah sebagai keterangan mengenai penunaian itu.
Keputusan Menteri atas sesuatu permohonan yang dibuat kepadanya di bawah subseksyen (4) supaya dimasukkan semula sesuatu nama ke dalam Daftar adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan atau dikaji semula dalam mana-mana mahkamah.
Jika sesuatu notis di bawah subseksyen (1) telah disampaikan kepada mana-mana orang yang boleh disampaikan kepadanya notis itu, Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa membatalkan notis itu dan, jika difikirkannya patut, menyebabkan supaya disampaikan kepada orang itu suatu notis selanjutnya di bawah subseksyen (1).