Akta Pergigian 1971 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian VII · Peruntukan Tambahan bagi Maksud Negara
49. Section 49
Feedback & supportMenteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta—
berkenaan dengan mana-mana orang tertentu;
secara am berkenaan dengan mana-mana golongan orang dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan olehnya;
secara am berkenaan dengan semua orang dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan olehnya, memberikan apa-apa pengurangan yang difikirkannya sesuai atau pengecualian penuh daripada tempoh perkhidmatan yang dikehendaki di bawah seksyen 48.
Menteri boleh, apabila permohonan bertulis dibuat kepadanya oleh mana-mana orang yang kena menjalani tempoh perkhidmatan yang dikehendaki di bawah seksyen 48, memberi orang itu penangguhan daripada memulakan perkhidmatan itu selama apa-apa tempoh yang difikirkannya sesuai jika dia berpuas hati bahawa adalah adil dan munasabah untuk berbuat demikian.
Keputusan Menteri atas sesuatu permohonan yang dibuat kepadanya di bawah subseksyen (2) adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan atau dikaji semula dalam mana-mana mahkamah.