Skip to content
In forceUpdated to 6 Oct 2023Read it in English

18. Syer sendiri atau syer syarikat induk sebagai sandaran

Feedback & support
(1)

Melainkan jika Bank meluluskan selainnya secara bertulis, tiada seorang pun boleh memberikan sesuatu kemudahan pembiayaan kepada mana-mana orang bersandarkan syer atau harta institusi yang ditetapkan atau syarikat induknya jika syer atau harta yang diperuntukkan sebagai sandaran bagi kemudahan pembiayaan yang dicadangkan, sama ada syer atau harta itu sahaja, atau bersama dengan syer atau harta lain institusi yang ditetapkan itu yang sudah pun dipegang sebagai sandaran bagi apa-apa kemudahan pembiayaan lain yang diberikan olehnya, akan merupakan lima peratus atau lebih syer atau harta institusi yang ditetapkan itu atau syarikat induknya.

(2)

Melainkan jika Bank meluluskan selainnya, tiada institusi yang ditetapkan boleh memberikan apa-apa kemudahan pembiayaan, atau membuat apa-apa urusan lain, dengan bersandarkan syer atau hartanya sendiri atau syer atau harta syarikat induknya.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau mana-mana institusi yang ditetapkan yang melanggar subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan

42

Undang-Undang Malaysia selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Report

Bahagian III

Sekatan ke Atas Perniagaan

Bahagian IV

Obligasi dan Sumber Kewangan

Bahagian V

Urusan Dengan Wang Kerajaan

Bahagian VI

Pengawalan Orang yang Ingkar

Bahagian VII

Juruaudit dan Akaun

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian XIV

Bahagian XIV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Penggal 2,

Bahagian XV

Bahagian XV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dalam pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini bagi mana-mana orang, peruntukan itu hendaklah terpakai ter

Schedules