21. Section 21
Feedback & supportJika Bank berpuas hati bahawa mana-mana orang telah melanggar subseksyen 12(1) tidak kira sama ada atau tidak pendakwaan dibuat terhadap mana-mana orang bagi pelanggaran itu, maka Bank boleh membuat perintah permulaan secara bertulis—
melarang pemindahan, atau pelaksanaan perjanjian untuk memindahkan, syer itu atau, dalam hal syer tidak diterbitkan, melarang pemindahan, atau pelaksanaan perjanjian untuk memindahkan, hak untuk diterbitkan kepadanya syer itu;
melarang penggunaan apa-apa hak mengundi berkenaan dengan syer itu;
untuk melarang terbitan apa-apa syer tambahan sebagai hak yang berbangkit daripada syer itu atau menurut apa-apa tawaran yang dibuat kepada pemegang syer itu; atau
kecuali dalam hal pelikuidasian, melarang pembayaran apa-apa jumlah wang yang kena dibayar oleh institusi yang ditetapkan berdasarkan syer itu, sama ada berkenaan dengan modal atau selainnya.
44
Undang-Undang Malaysia
Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Jika Bank berpuas hati bahawa mana-mana orang telah melanggar subseksyen 18(1), Bank boleh membuat suatu perintah permulaan secara bertulis, melarang penggunaan apa-apa hak di bawah mana-mana sandaran, atau hak untuk memindahkan mana-mana syer atau harta yang menjadi cagaran itu tidak kira sama ada atau tidak pendakwaan dibuat terhadap orang itu kerana pelanggaran itu.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Apa-apa urusan, termasuk apa-apa perjanjian atau perkiraan berhubung dengan apa-apa syer, atau kepentingan mengenai syer, atau cagaran, yang melanggar sesuatu perintah permulaan, atau sesuatu perintah yang disahkan di bawah subseksyen 23(1), atau apa-apa arahan Bank di bawah subseksyen 24(1), adalah batal dan tidak mempunyai kuat kuasa.
Tiada seorang pun berhak diberi peluang untuk didengar sebelum Bank membuat sesuatu perintah permulaan di bawah subseksyen (1) terhadapnya atau yang melibatkannya dengan apa-apa jua cara.