22. Perintah permulaan oleh Bank
Feedback & supportSesuatu perintah permulaan di bawah seksyen 21 hendaklah disampaikan kepada orang yang ingkar secepat yang dapat dilaksanakan, dan boleh diumumkan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Bank, jika, pada pendapat Bank, perintah itu perlu diumumkan.
Sesuatu perintah permulaan hendaklah mengikat—
Institusi Kewangan Pembangunan 45
orang yang ingkar;
mana-mana orang yang sedang memegang apa-apa syer yang baginya perintah itu terpakai; dan
mana-mana orang lain yang ditentukan dalam perintah itu atau yang kepadanya perintah itu ditujukan.
Mana-mana orang yang memegang apa-apa syer yang baginya suatu perintah permulaan terpakai hendaklah dalam masa tujuh hari dari penyampaian perintah itu kepada orang yang ingkar, atau dalam apa-apa tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh
Bank, menyerahkan balik syer itu kepada Bank.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang ingkar yang terhadapnya sesuatu perintah permulaan telah dibuat, atau mana-mana orang lain yang terjejas dengan perintah itu, boleh, dalam masa empat belas hari dari penyampaian perintah itu kepada orang yang ingkar itu, membuat representasi secara bertulis kepada Bank memohon supaya dibatalkan perintah itu atas alasan bahawa dia tidak melanggar peruntukan yang berhubungan dengannya perintah itu telah dibuat, atau untuk diubahsuaikan perintah itu atas alasan bahawa pengubahsuaian perintah itu adil dan patut atas alasan yang nyata dalam representasi itu.