Akta Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015 · As enacted · Penggal 4
33. Pindaan seksyen 35
Feedback & supportSeksyen 35 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah, bagi setiap tahun kewangan, mengemukakan kepada Bank, dalam tempoh dan mengikut bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, suatu keperluan pendanaan tahunan sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri.”;
dengan memotong subseksyen (2) dan (3);
dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4) Walau apa pun subseksyen (1), sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah mengemukakan kepada Bank apa-apa keperluan pendanaan tambahan untuk akaunnya sendiri, suatu kumpulan wang amanah yang sedia ada atau suatu kumpulan wang amanah baharu sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri.”; dan
dengan memotong subseksyen (5) dan (6).