Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Penggal 4

50. Pindaan seksyen 54

Feedback & support

Seksyen 54 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “selainnya”

dengan perkataan “sekiranya Bank berpendapat bahawa”;

(ii)

dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan (b);

(iii)

dengan meggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:

“(c) telah memungkiri atau melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, Akta Bank

Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis, selain undang-undang sekuriti sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Suruhanjaya

Sekuriti 1993 [Akta 498], tidak kira bahawa tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan kemungkiran atau pelanggaran itu;”; dan

(iv)

dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:

“(d) telah tidak mematuhi apa-apa standard, notis, syarat, penentuan, kehendak, sekatan atau arahan yang ditentukan, dikeluarkan

Undang-Undang Malaysia 46

atau dibuat di bawah Akta ini, tidak kira bahawa tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan ketidakpatuhan itu;

(e)

sedang menjalankan suatu aktiviti yang tidak selaras dengan dokumen konstituennya atau dengan apa-apa penentuan yang dibuat di bawah subseksyen 28(1);

(f)

sedang melakukan atau akan melakukan suatu perbuatan, atau sedang menuruti atau akan menuruti apa-apa pelakuan, yang tidak selamat atau tidak wajar atau gagal untuk melakukan suatu perbuatan atau menuruti suatu pelakuan yang perlu untuk mengekalkan keselamatan dan kekukuhan institusi yang ditetapkan;

(g)

telah gagal untuk menguruskan perniagaannya atau hal ehwalnya dengan cara yang selaras dengan pengurusan risiko yang wajar dan amalan tadbir urus yang baik; atau

(h)

yang telah mendapat kelulusan untuk menjalankan perniagaannya atau aktivitinya mengikut Shariah di bawah—

(i)

perenggan 33b(1)(a), menjalankan atau akan menjalankan mana-mana bahagian daripada perniagaannya, hal ehwalnya atau aktivitinya mengikut cara yang bertentangan dengan Shariah; atau

(ii)

perenggan 33b(1)(b), menjalankan atau akan menjalankan mana-mana bahagian daripada perniagaan kewangan Islamnya mengikut cara yang bertentangan dengan Shariah,”; dan

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

(b)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3) Mana-mana institusi yang ditetapkan yang tidak mematuhi mana-mana kehendak di bawah perenggan (2)(a) atau melanggar mana-mana larangan di bawah perenggan (2)(b), melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.”.

Report