Akta Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015 · As enacted · Penggal 4
41. “Kuasa Bank untuk menentukan kehendak berhemat yang lain
Feedback & supportBank boleh menentukan standard mengenai perkara berhemat yang lain untuk menggalakkan—
kedudukan kewangan yang kukuh sesuatu institusi yang ditetapkan; atau
integriti, profesionalisme dan kepakaran dalam penjalanan perniagaan, hal ehwal dan aktiviti sesuatu institusi yang ditetapkan.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), standard yang ditentukan di bawah subseksyen itu boleh termasuk standard yang berhubungan dengan—
tadbir urus korporat;
pengurusan risiko; dan
pencegahan sesuatu institusi yang ditetapkan daripada digunakan, dengan sengaja atau tidak sengaja, bagi aktiviti jenayah.
Bank boleh, demi kepentingan institusi yang ditetapkan, menentukan standard mengenai perkara berhemat di bawah seksyen ini kepada subsidiari sesuatu institusi yang ditetapkan.
Tiap-tiap institusi yang ditetapkan dan subsidiari sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah pada setiap masa—
Undang-Undang Malaysia 38
mematuhi standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen ini;
memastikan bahawa dasar dan tatacara dalamannya adalah selaras dengan standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen ini; dan
sama ada atau tidak standard telah ditentukan oleh Bank di bawah seksyen ini, menguruskan perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya dengan cara yang selaras dengan pengurusan risiko yang kukuh dan amalan tadbir urus yang berkesan, bertanggungjawab dan telus.
Tiap-tiap pengarah dan pegawai sesuatu institusi yang ditetapkan dan subsidiari sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah pada setiap masa mematuhi dasar dan tatacara dalaman yang diterima pakai oleh institusi atau subsidiari itu termasuk dasar dan tatacara dalaman untuk melaksanakan standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen ini.”.