Seksyen 19
Penubuhan Kumpulan Wang
of Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959
Bagi maksud Akta ini suatu Kumpulan Wang bernama
Kumpulan Wang Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ini ditubuhkan yang mana hendaklah ditadbir dan dikawal oleh Lembaga.
(2)
Kumpulan Wang itu hendaklah terdiri daripada—
(a)
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan sebagai pemberian dari semasa ke semasa oleh Parlimen;
(b)
apa-apa jumlah wang yang dari semasa ke semasa dipinjamkan kepada Lembaga oleh Kerajaan Malaysia;
(c)
wang yang didapati melalui pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan
Wang itu;
(d)
segala jumlah wang atau harta yang mungkin dengan apa-apa cara kena dibayar atau diletakhakkan pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan tugasnya;
(e)
apa-apa hadiah sukarela kepada Lembaga atau kepada
Dewan Bahasa dan Pustaka.
(3)
Caj atas apa-apa amaun yang diuntukkan kepada Lembaga daripada wang pinjaman hendaklah dibayar oleh Lembaga.