Skip to content

Seksyen 24D

Mendapatkan surcaj

of Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959

ActIn forceProvision 36 of 41
Seksyen 24D

Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen 24A(3) dan tidak ditarik balik di bawah seksyen 24C hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh dibawa guaman dan didapatkan di dalam mana-mana mahkamah atas guaman

Lembaga dan boleh juga jika diarahkan oleh Lembaga didapatkan melalui pemotongan—

(a)

gaji orang yang disurcajkan; atau

(b)

pencen orang yang disurcajkan, dengan bayaran ansuran yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji bulanan atau pencen, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.