Seksyen 24
Akaun dan audit
of Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959
Lembaga hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan dengan sewajarnya akaun dan rekod lain berkenaan dengan perjalanannya dan hendaklah menyebabkan disediakan penyata akaun bagi tiap-tiap satu tahun kewangan.
(2)
Akaun Lembaga hendaklah diaudit tiap-tiap tahun oleh Ketua
Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.
(3)
Selepas berakhir setiap satu tahun kewangan, sebaik sahaja akaun Lembaga diaudit, Lembaga hendaklah menyebabkan satu salinan penyata akaun itu dihantar kepada Menteri, bersama dengan satu salinan apa-apa ulasan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik di bawah subseksyen (2) mengenai apa-apa pernyataan atau mengenai akaun Lembaga.
(4)
Menteri hendaklah menyebabkan satu salinan tiap-tiap penyata dan ulasan itu dibentangkan dalam Dewan Rakyat.