Skip to content

Seksyen 23

Anggaran Tahunan

of Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959

ActIn forceProvision 31 of 41
Seksyen 23
(1)

Pengerusi hendaklah, tidak lewat daripada satu bulan sebelum bermula tiap-tiap satu tahun kewangan, membentangkan di hadapan

Lembaga suatu anggaran hasil dan perbelanjaan Lembaga, termasuk perbelanjaan modal, bagi tahun yang berikutnya dengan terperinci dan dalam bentuk yang dikehendaki oleh Lembaga.

(2)

Suatu salinan anggaran itu hendaklah dihantar kepada tiap-tiap seorang anggota Lembaga tidak kurang daripada empat belas hari sebelum mesyuarat dihadapannya anggaran itu akan dibentangkan.

(3)

Lembaga hendaklah menimbangkan anggaran yang dikemukakan sedemikian dan hendaklah membenarkan anggaran itu sama ada tanpa berubah atau tertakluk kepada apa-apa perubahan yang difikirkannya patut.

(4)

Anggaran itu sebagaimana yang dibenarkan oleh Lembaga hendaklah dikemukakan kepada Menteri, dan Menteri boleh, pada bila-bila masa dalam tempoh satu bulan selepas menerima anggaran itu, enggan membenarkan anggaran itu, atau mana-mana bahagiannya, dan mengembalikannya untuk dipinda.

(5)

Lembaga hendaklah, jika anggaran itu dikembalikan sedemikian oleh Menteri, meminda anggaran itu dengan segera, dan hendaklah mengemukakan semula anggaran yang dipinda sedemikian kepada Menteri.

(6)

Lembaga boleh, pada bila-bila masa dalam tahun yang baginya anggaran itu telah dibenarkan, menyebabkan suatu anggaran tambahan disediakan dan dikemukakan kepadanya.

(7)

Tiap-tiap anggaran tambahan itu hendaklah ditimbangkan dan dibenarkan oleh Lembaga, dan dikemukakan kepada Menteri, dan, jika perlu, dipinda dan dikemukakan semula seolah-olah ia anggaran asal.

(8)

Lembaga tidak boleh melakukan perbelanjaan melainkan dengan mengikut anggaran atau anggaran tambahan yang telah diluluskan oleh Menteri.

Undang-Undang Malaysia 24