Skip to content

Seksyen 8

Penubuhan badan pelajar lain

of Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976

ActIn forceProvision 8 of 26
Seksyen 8
(1)

Tanpa menjejaskan seksyen 7, maka adalah sah bagi tidak kurang daripada sepuluh orang pelajar sesuatu Institusi dengan mendapat kelulusan Pegawai Hal Ehwal Pelajar terlebih dahulu yang diberi selepas mendapat persetujuan Menteri, dan tertakluk pada apa-apa had dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pegawai Hal

Ehwal Pelajar itu, menubuhkan sesuatu badan pelajar terdiri daripada pelajar Institusi itu bagi menganjurkan sesuatu tujuan atau kepentingan tertentu dalam Institusi itu.

(2)

Peruntukan Jadual Ketiga, kecuali perenggan 1 dan 7, hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi sesuatu badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen ini sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi JPP.

Kuasa Ketua Eksekutif untuk menggantung atau membubarkan mana-mana JPP atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar