Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

29A. Pelaburan oleh ahli Kumpulan Wang

Feedback & support
(1)

Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan dengan

Akta ini, Lembaga boleh, tertakluk pada apa-apa peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini—

(a)

membenarkan suatu permohonan yang dibuat oleh seseorang ahli Kumpulan Wang bagi pelaburan dalam institusi pengurusan dana atau institusi lain yang diluluskan oleh Menteri bagi maksud pelaburan dalam mana-mana pelaburan yang diluluskan oleh Menteri; dan

(b)

membenarkan pemindahan apa-apa amaun yang ada pada kredit ahli Kumpulan Wang itu ke dalam institusi pengurusan dana atau institusi lain yang diluluskan oleh

Menteri tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(2)

Jika Lembaga telah membenarkan pemindahan suatu jumlah wang yang ada pada kredit ahli itu di bawah subseksyen (1)—

(a)

amaun yang dibenarkan itu tidak boleh dibayar dividen sebagaimana yang diisytiharkan oleh Lembaga di bawah seksyen 27; dan

(b)

amaun itu hendaklah disifatkan telah dikeluarkan daripada kredit ahli itu di Kumpulan Wang mulai dari tarikh ahli itu mencapai umur lima puluh lima tahun dan ahli itu boleh berurusan terus dengan institusi pengurusan

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 452

dana atau institusi lain yang diluluskan oleh Menteri berhubung dengan kredit itu.

Report

Bahagian IV

Pelantikan Pegawai dan Pekhidmat, Kuasa, Fungsi dan Tugas Mereka

Bahagian V

Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Bahagian VI

Pengeluaran Caruman

Bahagian VII

Kesalahan dan Prosiding

Bahagian VIII

Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah

Bahagian IX

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules