Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian III · Kumpulan Wang
24. Penubuhan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Feedback & supportBagi maksud Akta ini hendaklah ditubuhkan suatu kumpulan wang yang dipanggil “Kumpulan Wang Simpanan Pekerja”, yang ke dalamnya hendaklah dibayar—
segala caruman yang dikehendaki supaya dibuat di bawah
Akta ini;
wang yang diperoleh dengan menjalankan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada
Kumpulan Wang;
wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Lembaga; dan
segala jumlah wang atau harta lain yang mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan tugasnya.
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—
menjelaskan segala pembayaran yang dikehendaki supaya dibuat di bawah Akta ini;
pelaburan di bawah Akta ini;
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 452
memberi pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga;
membayar, apa-apa belanja yang dilakukan dengan sahnya oleh Lembaga termasuklah apa-apa fi ukur atau fi guaman dan kos atau apa-apa fi lain dan kos di bawah seksyen 14 dan, saraan pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil bekerja oleh Lembaga termasuklah elaun persaraan, pencen atau ganjaran;
membayar apa-apa belanja lain, kos atau perbelanjaan yang dilakukan dengan sepatutnya atau diterima oleh
Lembaga dalam melaksanakan kuasanya dan melaksanakan tugasnya;
membayar balik apa-apa wang yang dipinjamkan di bawah Akta ini jika ada, dan faedah yang kena dibayar ke atasnya; dan
pada amnya membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dan berkaitan dengan pentadbiran Kumpulan Wang.