Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian VII · Kesalahan dan Prosiding
59. Perisytiharan tidak betul, kegagalan untuk memberikan penyata atau mengemukakan dokumen palsu
Feedback & supportMana-mana orang atau ahli Kumpulan Wang yang—
membuat, secara lisan atau bertulis, atau menandatangani apa-apa perisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 87
lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah di bawahnya yang tidak benar atau tidak betul dalam apa-apa butiran;
atau
gagal atau enggan untuk memberikan atau mengemukakan apa-apa perisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah di bawahnya supaya diberikan atau dikemukakan; atau
menggunakan atau mengemukakan apa-apa dokumen, yang dikehendaki di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah di bawahnya, yang adalah palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Jika mana-mana orang atau ahli Kumpulan Wang telah membuat permohonan bagi pengeluaran bagi maksud tertentu dan dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) berhubung dengan permohonan itu, Lembaga boleh untuk tidak membenarkan permohonan lain bagi pengeluaran oleh orang itu atau ahli Kumpulan
Wang itu bagi maksud yang sama sehingga pertuduhan itu diselesaikan mengikut penjalanan undang-undang.
Mana-mana orang atau ahli Kumpulan Wang yang disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1) berhubung dengan pengeluaran yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah, dalam masa enam bulan dari tarikh sabitan itu, mengembalikan kesemua amaun yang dikeluarkan.
Jika mana-mana orang atau ahli Kumpulan Wang itu mengembalikan kesemua amaun yang dikeluarkan dalam tempoh yang ditetapkan di bawah subseksyen (2), mana-mana orang atau ahli
Kumpulan Wang itu dibenarkan untuk membuat pengeluaran
88 Undang-Undang Malaysia AKTA 452
selanjutnya bagi maksud yang sama selepas dua tahun dari tarikh amaun itu dikembalikan.
Tempoh dua tahun yang disebut dalam subseksyen (3) tidak terpakai bagi maksud apa-apa pengeluaran di bawah subseksyen 54(1)
atau seksyen 55A.
Jika mana-mana orang atau ahli Kumpulan Wang itu tidak mematuhi subseksyen (2), mana-mana orang atau ahli Kumpulan
Wang itu adalah dilarang daripada membuat pengeluaran selanjutnya bagi maksud yang sama yang berkenaan dengannya dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1).
Subseksyen (5) tidak terpakai bagi maksud apa-apa pengeluaran di bawah subseksyen 54(1) atau seksyen 55A.