Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

Bahagian IX · Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

75. Pemansuhan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951

Feedback & support

Pada hari ditetapkan—

(a)

Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951

[Akta 272] (dalam Bahagian ini disebut sebagai “Akta yang dimansuhkan”) hendaklah terhenti berkuat kuasa;

(b)

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (dalam

Bahagian ini disebut sebagai “Lembaga KWSP”) yang merupakan suatu pertubuhan perbadanan yang telah ditubuhkan di bawah Akta yang dimansuhkan itu hendaklah juga terhenti wujud:

Dengan syarat bahawa ahli Lembaga KWSP yang sebelum sahaja hari ditetapkan telah dilantik sebagai ahli

Lembaga KWSP hendaklah pada hari itu menjadi ahli

Lembaga dan hendaklah tertakluk pada semua peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan ahli tersebut dan hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah

Akta ini.

104 Undang-Undang Malaysia AKTA 452

Report