Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

Bahagian VIII · Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah

71. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan

Feedback & support

Menteri boleh, atas syor Lembaga, membuat peraturan-peraturan—

(a)

untuk mengadakan peruntukan bagi cara pembayaran dan pemungutan caruman dan apa-apa perkara yang bersampingan dengannya;

(b)

untuk mengadakan peruntukan bagi penamaan oleh seseorang ahli Kumpulan Wang akan orang yang kepada mereka apa-apa amaun yang berada pada kreditnya dalam

Kumpulan Wang pada masa kematiannya hendaklah dibayar setelah kematiannya, bagi cara yang mengikutnya penamaan tersebut boleh dibatalkan dan bagi hal keadaan dalam mana ia hendaklah dianggap sebagai terhenti berkuat kuasa dan bagi pembayaran amaun itu kepada namaan yang dinamakan sedemikian;

(c)

untuk mengadakan peruntukan bagi pembayaran jumlah wang yang berada pada kredit seseorang ahli Kumpulan

Wang pada masa kematiannya jika tiada penamaan oleh ahli itu akan orang yang kepadanya jumlah wang itu hendaklah dibayar setelah kematiannya;

(d)

untuk mengadakan peruntukan bagi cara pembayaran amaun tambahan dalam hal kematian seseorang ahli atau atas pengeluaran di bawah peruntukan perenggan 54(1)(c);

(e)

untuk memperuntukkan bahawa apa-apa amaun yang tidak melebihi dua ratus ribu ringgit, atau apa-apa amaun lain

98 Undang-Undang Malaysia AKTA 452

sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan dalam Warta, yang berada pada kredit seseorang ahli yang telah mati dalam Kumpulan

Wang boleh dibayar keluar oleh

Lembaga tanpa pengemukaan apa-apa keterangan bahawa apa-apa duti harta pusaka yang kena dibayar ke atas harta pusaka ahli yang telah mati itu telah dibayar;

(f)

untuk mengadakan peruntukan bagi pemusnahan rekod dan dokumen tetapi peraturan-peraturan sedemikian hendaklah menghendaki perundingan terlebih dahulu dengan Arkib

Negara sebelum pemusnahan tersebut;

(g)

(Dipotong oleh Akta A1504);

(h)

untuk menetapkan fi yang hendaklah dibayar kepada

Lembaga berkenaan dengan pelaburan di bawah

Bahagian IIIA dan caj bagi maksud menjalankan peruntukan

Akta ini;

(i)

untuk menetapkan fi untuk dikenakan ke atas institusi pengurusan dana atau institusi lain yang diluluskan di bawah

Bahagian IIIA;

(j)

untuk menetapkan apa-apa yang berhubungan dengan pelaburan di bawah Bahagian IIIA termasuklah perkara berkenaan dengan pelantikan, pengurusan, pentadbiran, tugas, terma dan syarat institusi pengurusan dana atau institusi lain yang diluluskan;

(ja)

untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengambilan polisi insurans di bawah Bahagian VIA atau perenggan 54(6)(j), termasuklah pelantikan, pengurusan, pentadbiran, tugas, terma dan syarat syarikat insurans;

(k)

untuk menetapkan apa-apa jua yang di bawah Akta ini boleh ditetapkan oleh Menteri;

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 99

(ka)

untuk menetapkan apa-apa caj atau fi yang hendaklah dibayar kepada Lembaga bagi maksud menjalankan peruntukan Akta ini;

(kb)

untuk mengadakan peruntukan bagi larangan penggunaan nama dan lambang Kumpulan Wang; dan

(l)

bagi melaksanakan mana-mana peruntukan Akta ini.

Report

Bahagian IX

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules