Skip to content

Seksyen 41

Seksyen baharu 44b

of Akta Eksais (Pindaan) 2019

Amendment ActIn forceProvision 41 of 80
Seksyen 41

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 44a seksyen yang berikut:

“Perlindungan terhadap saman dan prosiding undang-undang 44b.  Tiada tindakan, saman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

mana-mana pegawai eksais;

(b)

mana-mana pegawai polis yang mempunyai kuasa seorang pegawai kanan eksais atau pegawai eksais di bawah seksyen 4a; dan

(c)

mana-mana pegawai yang hak, bagi atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat itu.”.

Pindaan seksyen 46