Skip to content

Seksyen 25

Kejar buru

of Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984

ActIn forceProvision 25 of 42
Seksyen 25
(1)

Jika mana-mana pegawai yang diberi kuasa mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa suatu vesel asing telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai, dia boleh mengejar buru vesel tersebut dengan tujuan menahan dan menangkapnya dan membawanya ke dalam zon ekonomi eksklusif mengikut undang-undang antarabangsa.

(2)

Kuasa yang diberi kepada pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 24 bolehlah dijalankan menurut seksyen ini berkenaan dengan vesel tersebut melampaui had zon ekonomi eksklusif setakat yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa.

(3)

Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya oleh apa-apa perjanjian serantau atau dua hala yang mana Malaysia ialah satu pihak, hak kejar buru hendaklah terhenti sebaik sahaja vesel itu memasuki laut wilayah atau zon ekonomi eksklusif Negaranya sendiri atau mana-mana Negara ketiga.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 311